Tuesday, 11 December 2018

Adab Ketika Menghantar Jenazah

1.    Jangan bercakap dengan kuat sama ada berzikir, membaca al-Quran atau kerana lain, apa lagi kalau membicarakan perkara keduniaan (kerana ketika itu perlu diam dan bertafakur sambil memikirkan apa yang akan terjadi bagi mayat yang dihantar itu).

2.    Tidak dibenarkan membawa api ketika mengiringi jenazah. Menurut satu riwayat, Abu Musa al-Asy’ari berwasiat menjelang kematiannya: Jangan iringi aku nanti dengan pedupaan (tempat kemenyan).” Kemudian mereka bertanya: “Apakah engkau mendengar larangan seperti ini dari Rasulullah?” Beliau menjawab: “Ya, saya dengar dari Rasulullah”.

3.    Orang yang hidup dilarang duduk sebelum mayat diletakkan di atas tanah. Hadis dari Abu Said al-Khudriy, katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda:


Ertinya: “Apabila kamu mengiringi jenazah maka janganlah kamu duduk sehingga ia diletakkan”. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Baihaqi).

Manakala orang yang lebih dahulu sampai ke tempat penguburan jenazah ianya dibenarkan duduk sehingga jenazah sampai. Setelah sampai jenazah, dia hendaklah bangun sehingga jenazah diletakkan di tanah.

4.    Makruh menutup keranda mayat lelaki kerana itu bukan merupakan Sunnah. Kecuali mayat wanita yang memang disuruh menutupnya dengan kain di atas usungan itu supaya jenazah wanita itu tidak kelihatan.

5.    Mengiringi jenazah dengan muzik atau gendang adalah haram.