Tuesday, 27 November 2018

Mengebumikan Mayat (Pengenalan)

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah menjelaskan bahawa sewaktu roh diusung ia bergerak-gerak di atas keranda (usungan) sambil berkata: "Wahai keluarga, kerabat dan anak-anakku, wahai orang yang memakai pakaianku, membahagi-bahagi hartaku dan mendiami rumahku, janganlah kamu diperdaya oleh dunia sebagaimana ia telah memperdayakanku. Aku telah mengumpulkan harta dari usaha yang haram dan yang halal, dan telah kutinggalkan untuk kamu. Harta itu untuk kamu dan aku tinggal menerima nasib (persoalan), hati-hatilah kamu apa yang telah terjadi kepadaku."

Mengikut riwayat dari Abu Said al-Khudri, katana bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila jenazah sudah diusung oleh kaum lelaki, kalau jenazah itu terdiri daripada orang soleh maka berkatalah dia: 'Bawalah aku segera!' Dan kalau jenazah itu orang jahat maka dia berkata: 'Aduh malangnya ke mana aku akan dibawa!' Keluhannya itu didengar oleh semua makhluk kecuali jin dan manusia, dan sekiranya manusia mendengarnya, maka mereka akan menjerit."

Niat & Bacaan Dalam Sembahyang Jenazah


Niat

Orang yang menyembahyangkan jenazah hendaklah (jika boleh) mengetahui jika jenazah tersebut sama ada lelaki, perempuan, kanak-kanak lelaki ataupun kanak-kanak perempuan.

1.     Niat bagi jenazah lelaki dewasa:

2.    Niat bagi jenazah perempuan dewasa:

3.    Niat bagi jenazah kanak-kanak lelaki:

4.    Niat bagi jenazah kanak-kanak perempuan:

5.    Jika tidak mengetahui sama ada lelaki atau perempuan boleh berniat seperti berikut:



Selawat yang akmal

Selawat yang akmal (sempurna) adalah seperti berikut:


Doa bagi jenazah

Doa yang sempurna bagi jenazah lelaki ialah:

Doa yang sempurna bagi jenazah perempuan ialah:

Doa yang sempurna bagi jenazah kanak-kanak lelaki ialah:

Doa yang sempurna bagi jenazah kanak-kanak perempuan ialah:



Doa sebelum salam, sesudah takbir keempat

Jika jenazah lelaki doanya:

Jika jenazah perempuan doanya:


Qamat sembahyang jenazah

Jika jenazah lelaki qamatnya ialah:

Jika jenazah perempuan lafaz qamatnya ialah:

Jika jenazah kanak-kanak lelaki qamatnya ialah:

Jika jenazah kanak-kanak perempuan qamatnya ialah:

Jemaah hendaklah menjawab qamat tersebut dengan berkata:


Sesudah memberi salam hendaklah membaca:
i)             Surah al-Ikhlas 3 kali
ii)           Surah al-Falaq sekali
iii)         Surah an-Naas sekali
iv)          Surah al-Fatihah sekali
v)            Surah al-Baqarah ayat 1-5
vi)          Ayat Kursiy sekali dan berdoalah dengan doa yang sesuai, di antaranya ialah:

Doa bagi jenazah kanak-kanak:

Setelah doa dibacakan, maka bolehlah jenazah diangkat ke dalam usungan untuk dihantar ke perkuburan.


Cara-cara Sembahyang Jenazah



1.      Letakkan mayat di hadapan imam melintang kiblat.

2.      Bagi mayat lelaki, kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.

3.      Bagi mayat perempuan, kepala di sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.

Untuk menyembahyangkan jenazah ghaib iaitumayat yang hilang tidak dijumpai seperti mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar, dimakan harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat tanpa perlu ada jenazah di hadapannya.

4.      Sebelum sembahyang sunat dilafazkan oleh bilal:

Maka orang ramai menjawab:

5.      Seboleh-bolehnya hendaklah diadakan sebanyak 3 saf atau lebih kerana mengharapkan keampunan Allah. Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan oleh seramai 40 orang.

6.      Daripada hadis riwayat Malik bin Hubairah yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Apabila ada orang muslim yang mati kemudian disembahyangkan oleh Jemaah kaum Muslimin (sampai tiga saf), maka diampunilah dosanya”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, Tarmizi dan Hakim).

7.      Rukun sembahyang jenazah 7 perkara:

i)                    Niat
Lafaz niatnya ialah:

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang mayat ini 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala”.

Setiap orang yang menyembahyangkannya wajib berniat pada takbir pertama, sekalipun tidak dinyatakan fardhu kifayah.

ii)                  Berdiri betul
Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.

iii)                4 kali takbir termasuk Takbiratul Ihram
Tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.

iv)                Membaca fatihah
Membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama


v)                  Selawat ke atas nabi
Membaca selawat sesudah takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan selawat ialah:

vi)                Doa bagi jenazah
Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialah:

                        Jika perempuan:

                        Doa khusus bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslimin.
Doa buat seluruh kaum muslimin yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadis dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. berdoa sewaktu menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah:


Ertinya: “Ya Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yang ghaib. Ya Allah, orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam, dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah, janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan sepeninggalannya”. (Riwayat Ahmad dan Ashab al-Sunan).

Kalau yang disembahyangkan itu kanak-kanak hendaklah dibacakan:

Ertinya: “Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan”.
(Hadis riwayat Bukhari dan al-Baihaqi).

vii)              Memberi salam
Sudahi sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah takbir keempat. Lafaznya:



Syarat-syarat Sembahyang Jenazah


Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:

1.     Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, berakal, suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.

2.    Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh).

3.    Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.

4.    Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau terlupa.

Sembahyang Jenazah (Pengenalan)


Fadhilat menyembahyangkan jenazah itu adalah besar sekali. Dia akan menambahkan kebaikan orang yang menyembahyangkannya serta membantu orang yang disembahyangkan. Riwayat darpada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka aia mendapat satu qirat. Sesiapa yang menghadirinya sehingga pengkebumiannya, maka dia mendapat dua qirat”. Kemudian ditanya: “Apa yang dimaksudkan dua qirat itu?” Baginda menjawab: “Seperti dua gunung yang besar.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

Ertinya: “Tidaklah dari seorang muslim yang mati ikut serta menyembahyangkannya 40 orang lelaki yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu, melainkan diterima syafaat mereka ke atas si mayat”. (Riwayat Muslim, Abu Daud).


Saturday, 24 November 2018

Kain Kafan Yang Menyalahi Syarak


Membuat kafan tidak boleh menyimpang dari Sunnah Rasulullah. Tidak boleh memakai kafan yang terlalu mahal kerana ingin bangga hingga melakukan pembaziran.

Riwayat daripada Aisyah katanya: “Aku masuk ke rumah Abu Bakar, kemudian beliau berkata: ‘Berapa lapis kamu buat kafan Rasulullah?’ Aku menjawab: ‘Tiga lapis kain putih bersih daripada kapas, tanpa kemeja dan serban’ Abu Bakar bertanya: ‘Hari apa Rasulullah wafat?’ Aku jawab: “Hari isnin”. Beliau berkata: ‘Aku ingin mati pada malam ini juga’.”

Kemudian beliau melihat kainnya, kemeja zafaran yang beliau pakai ketika sakit, lantas berkata: “Basuh kain ini dan tambah dua lapis lagi untuk kain kafanku.” Aisyah menjawab: “Tapi kainnya sudah buruk!” Abu Bakar menjawab: “Orang yang masih hidup lebih banyak memakai pakaian yang baru. Sedangkan kafan adalah untuk pembalut nanah mayat.” Belum sampai hari petang di hari selasa tersebut, beliau sudah wafat dan dikuburkan sebelum subuh.

Mayat lelaki tidak boleh dikafani dengan kain sutera. Apa yang diharamkan ia pakai sewaktu hidupnya haram juga setelah wafatnya. Bahkan wanita makruh dikafani dengan kain sutera keran itu dianggap pembaziran.


Kain Kafan Yang Disunatkan



1.     Kain yang bagus dan bersih serta dapat menutupi badan. Rasulullah bersabda:

Ertinya: “Apabila salah seorang kamu mengurus mayat saudaranya, maka hendaklah dia membaguskan kafannya”. (Riwayat Abu Qatadah).

2.    Warna putih, sesuai dengan sabda Rasulullah:

Ertinya: “Pakailah pakaian yang putih, kerana itulah pakaian yang lebih baik, dan kafanilah mayat kamu dengan pakaian yang putih”. (Riwayat Ibnu Abbas).

3.    Hendaklah diasapi dengan bau wangi, sesuai dengan sabda Rasulullah:

Ertinya: “Apabila kamu mengasap mayat, maka asapilah tiga kali”. (Riwayat Jabir).

Abu Said, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas berwasiat supaya mengasapi kafan mereka dengan kayu. Kain kafan wanita lebih elok jika dibuat 5 lapis. Ini bersesuaian dengan hadis Laili binti Qanif al-Thaqifah, yang turut memandikan dan mengkafani puteri Rasulullah. Beliau berkata: “Rasulullah memberikan kain-kain sarung, baju kurung, telekung dan 2 helai kain kepada kami”.


Cara Mengkafankan Mayat Perempuan



Setelah mayat itu dibawa keluar dari tempat permandian, ia keluar dalam keadaan dibungkus dengan kain lepas yang panjang menutupi seluruh kepalanya hingga ke kakinya. Kain tersebut biarlah berwarna gelap dan lembut. Letakkan mayat tersebut di atas kafan yang telah sedia dibentangkan.

1.     Pastikan pada lapisan kain kafan paling bawah ialah 5 utas tali yang diperbuat dari kain yang telah dicarikkan sewaktu menyediakan kain kafan tersebut.

i)             Tali di bahagian hujung kaki
ii)           Tali di bahagian lutut
iii)         Tali di bahagian pinggang (pusat)
iv)          Tali di bahagian dada
v)            Tali di bahagian hujung kepala

2.    Lapisan yang paling terbawah sekali berukuran setinggi mayat. Lebihkan 2 kaki di hujung kepala dan 2 kaki di hujung kaki untuk mengikatnya nanti. Lebarnya ialah 60 inci bagi orang dewasa dan kanak-kanak 45 inci. Pastikan kain ini telah ditaburi serbuk cendana dan minyak wangi atau kapur barus yang telah diserbukkan.

3.    Begitu juga dengan lapisan kain kafan di sebelah atas, dengan ini bermakna dua lapisan bawah itu ditaburi dengan serbuk cendana dan minyak wangi atau serbuk kapur barus.

4.    Di atas 2 lapis ini diletakkan pula kain sarung kemudian bajunya dan dan di atas sekali ialah telekungnya.

5.    Lakukan sebagaimana menguruskan mayat lelaki nombor 3 hingga 7. Sementara kain telekungnya pila hendaklah dipakaikan seperti kebiasaan dipakai ketika hidup.

6.    Ikut peraturan 8 dan 9 sepertimana menguruskan jenazah lelaki.

Andainya darurat, mengkafani mayat boleh dilakukan walaupun hanya dengan sesuatu yang hanya dapat menutupinya dengan selapis pakaian sekalipun. Ini adalah kerana mengkafani mayat itu fardhu kifayah.

Riwayat daripada Khabbab bin Arat, katanya: “Kami hijrah bersama Rasulullah dengan mengharap keredhaan Allah. Maka tentulah akan kami terima pahalanya, kerana ada di antara kami ada yang meninggal sebelum memperolehi hasil duniawi sedikit pun. Mus’ab bin Umar misalnya, yang terbunuh dalam peperangan Uhud, dan tidak ada buat kain kafannya kecuali sehelai kain burdah.

Jika kepalanya ditutup akan kelihatanlah kakinya, dan jika kakinya ditutup akan terbukalah kepalanya. Rasulillah menyuruh kami supaya menutup kepalanya, dan meletakkan rumput izkhir pada kedua belah kakinya. Al-Izkhir ialah rumput yang harum dan dapat dijadikan untuk atap rumah”.


Cara Mengkafankan Mayat Lelaki


Setelah mayat itu dibawa keluar dari tempat permandian, ia keluar dalam keadaan dibungkus dengan kain lepas yang panjang menutupi seluruh kepalanya hingga ke kakinya. Kain tersebut biarlah berwarna gelap dan lembut. Letakkan mayat tersebut di atas kafan yang telah sedia dibentangkan.

1.     Lapisan yang paling bawah ialah tali pengikat mayat itu:

i)             Tali di bahagian hujung kaki
ii)           Tali di bahagian lutut
iii)         Tali di bahagian pinggang (pusat)
iv)          Tali di bahagian hujung dada
v)            Tali di bahagian hujung kepala

2.    Lapisan yang lebar ialah yang berukuran tinggi (panjang mayat) dengan dilebihkan 2 kaki di bahagian kepala (untuk mengikat hujung kepala nanti) dan 2 kaki di bahagian hujung kaki (untuk mengikat hujung kaki).

Lebarnya ialah (untuk orang dewasa 60 inci dan untuk kanak-kanak 45 inci). Pastikan di atas lapisan kain ini telah ditaburi dengan serbuk cendana dan minyak wangi.

3.    Di atas kain kafan yang telah ditaburi serbuk cendana dan minyak wangi itu, diletakkan lapisan kain yang kedua iaitu baju (gamis). Kedudukan serbannya pula diletakkan di hujung atas pada kain lapis luar tadi.

4.    Di bahagian bawahnya pula kain sarung yang telah diukur dari bawah dada hinggalah ke hujung kaki (dilebihkan juga sepertimana kain kafan lapisa yang terbawah sekali).

Di atas gamis dan kain sarung ini diletakkan kapas yang telah ditaburi serbuk cendana dan minyak wangi atau kapur barus yang telah diserbukkan. Letakkan kapas agak banyak sedikit di tempat-tempat sendi dan pinggangnya.

5.    Setelah dipastikan semuanya lengkap, letakkan mayat tersebut di atas kafan yang telah disusun atur itu, dengan tertib dan perlahan-lahan.

Setelah selesai letakkan mayat di atas kain kafan tadi, sebaik-baiknya letakkan pula kapas ke seluruh badannya, utamakan di anggota-anggota sujud sebagai memuliakannya.

6.    Setelah dipastikan seluruh tubuhnya telah disaluti dengan kapas, pakaikan pula baju yang telah disediakan di atas kafan tadi. Masukkan bahagian kepala si mayat di dalam lubang leher baju. Lipat pula baju itu ke hadapan. Ikat tali-tali baju yang telah dilebihkan itu ke hadapan dan ikat tali-tali baju yang telah dilebihkan sewaktu membuat baju (gamis).

7.    Pakaikan serban dengan melapikkan kapas di bahagian dalamnya. Ikatkan ke belakang.

8.    Pakaikan pula kain sarung dengan dilipat dari sebelah kiri dan ditutupi dengan sebelah kanan. Kemudian diikatkan di bahagian pinggangnya dan di lututnya dan di hujung kakinya.

9.    Kemudian, kain kafan lapisan yang terbawah sekali itu dilipat seperti berikut:

i)             Mulakan dari sebelah kanan ke sebelah kiri, bermula dari bahagian muka. Kemudian lipat kain tersebut di bawah kaki kiri ke atas dan seterusnya.
ii)           Sebelum menutup bahagian mukanya seeloknya berilah peluang kepada keluarga si mati untuk melihat si mayat buat kali yang terakhir.
iii)         Ikatkan mayat dengan tali yang telah sedia ada di bahagian hujung kaki, di bahagian lutut, di bahagian pusat, di bahagian dada, dan akhir sekali di bahagian hujung kepala dengan dimatikan simpulannya di sebelah kiri lambungnya (rusuk kiri). Apabila mayat itu hendak dikebumikan, tali tersebut hendaklah dilonggarkan.
iv)          Ketika darurat misalnya kain sukar diperolehi, bolehlah digunakan menggunakan tikar, guni atau rumput kering. Jika rumput juga sukar diperolehi, hendaklah dibungkus dengan tanah.

Andainya darurat, mengkafani mayat boleh dilakukan walaupun hanya dengan sesuatu yang hanya dapat menutupinya dengan selapis pakaian sekalipun. Ini adalah kerana mengkafani mayat itu fardhu kifayah.

Riwayat daripada Khabbab bin Arat, katanya: “Kami hijrah bersama Rasulullah dengan mengharap keredhaan Allah. Maka tentulah akan kami terima pahalanya, kerana ada di antara kami ada yang meninggal sebelum memperolehi hasil duniawi sedikit pun. Mus’ab bin Umar misalnya, yang terbunuh dalam peperangan Uhud, dan tidak ada buat kain kafannya kecuali sehelai kain burdah.

Jika kepalanya ditutup akan kelihatanlah kakinya, dan jika kakinya ditutup akan terbukalah kepalanya. Rasulillah menyuruh kami supaya menutup kepalanya, dan meletakkan rumput izkhir pada kedua belah kakinya. Al-Izkhir ialah rumput yang harum dan dapat dijadikan untuk atap rumah”.