1. Orang yang sedang menghadapi sakaratul maut, perlu pasrah dan rela menerima segala ketentuan Allah. Hendaklah meminta maaf kepada orang tua, suami atau sesiapa sahaja yang dianggap ada kesalahan kita padanya. Dia hendaklah meninggalkan seluruh sanak keluarganya (isteri, orang tua, anak, cucu, tetangga, teman dan sahabatnya) untuk pergi selamanya.
2. Membanyakkan membaca ayat-ayat al-Qur'an dan berzikir atau membaca atau mendengar cerita-cerita orang soleh di saat menjelang kematian.
3. Cubalah sedaya upaya mengusahakan agar sentiasa dapat mengerjakan solat di saat menjelang kematian.
4. Berusahalah untuk menyucikan diri sebaik-baiknya ketika mengerjakan ibadah kerana mencuaikannya boleh menyebabkan azab kubur.
5. Berwasiat agar keluarganya tetap sabar dan tidak meratapi dirinya serta tidak berbuat hal-hal bida'ah dalam menguruskan jenazahnya nanti.
6. Mengajar mereka agar berdoa untuk dirinya dengan doa-doa yang telah dianjurkan.
7. Hendaklah sentiasa merasa takut di atas segala dosa-dosa dan mengharapkan keampunan dari Allah dengan sepanjang waktu berbaik sangka kepada-Nya.