Sebelum memandikan mayat eloklah disediakan barang-barang
perkakas yang perlu digunakan iaitu:
1. Air daun bidara
Ambil
daun bidara yang bersih sekadar perlu, kira-kira apabila diramaskan ke dalam
air mutlak sebanyak lima atau enam gelen, daun tersebut boleh menukarkan warna
air mutlak kepada air muqayyad.
Setelah
daun itu diramaskan ke dalam air, hendaklah ditapis sama ada menggunakan
tapisan atau kain jarang. Tujuannya bagi mengasingkan daun-daun yang hancur
supaya air tersebut Nampak bersih pada pandangan mata.
Pada
kebiasaannya, jika daun yang digunakan itu telah tua, air tersebut akan berubah
menjadi hijau kemerah-merahan, jika daun muda atau pucuknya, air tersebut akan
menjadi hijau pucuk pisang (hijau muda).
2. Air kapur barus
Kapur
barus dihancurkan, sama ada ditumbuk atau diramaskan atau dengan apa cara
sekalipun sebahagian daripadanya diletakkan ke dalam air mutlak tiga atau empat
gelen atau sekira-kira memadai bagi menjiruskan jenazah dengan tiga kali
jirusan daripada kepala hingga ke hujung kaki (keseluruhan anggota jenazah).
Sebahagian lagi ditaburkan di
celah-celah kain kapan semasa menyusun kapan atau semasa mengkapankan jenazah.
3. Sugi
Kain
putih berukuran 2”x3” digulung, sediakan sebanyak 11 ke 17 batang, sekiranya
jenazah tersebut telah uzur (cemar), sugi tersebut perlu disediakan lebih
banyak lagi.
Sugi
digunakan untuk menyugi (menghilangkan najis kekotoran) kecemaran yang ada pada
anggota jenazah.
a)
Mata
b)
Lubang
hidung
c)
Lubang telinga
d)
Mulut
jenazah
e)
Pusat
f)
Celah-celah
jari tangan dan jari kaki
*Peringatan: Gunakan sekali sahaja pada tiap hujung sugi.
4. Lidi
Sediakan beberapa batang lidi
berukuran 2” atau sesuatu yang menyerupainya seperti batang mancis. Gunanya
ialah untuk menyungkil hitam-hitaman (kekotoran) yang ada di celah-celah kuku
tangan dan celah kuku kaki. Kuku yang panjang sama sekali tidak boleh dipotong
(haram dikerat).
5. Kain peruam atau sarung tangan getah
Meruam:
satu perbuatan untuk mengeluarkan najis di dalam perut jenazah dengan cara
lemah lembut serta tidak mengaibkan jenazah.
Sediakan
kain (kain putih) peruam beberapa helai, setiap satu berukuran dua kaki persegi
atau ukuran kain tersebut boleh membalut (menutup) tapak tangan, belakang
tangan hingga ke pergelangan tanagn juru mandi semasa meruam (mengeluarkan
najis/membersihkan qubul dan dubur jenazah).
Sarung tangan getah (sarung
tangan yang digunakan di hospital) boleh digunakan sebagai ganti kain peruam
tetapi hendaklah dibersihkan semula apabila hendak digunakan kali kedua, ketiga
dan seterusnya.
6. Bekas air
Tiga buah
bekas air seperti baldi atau besen yang boleh dimuatkan dua atau tiga gelen air
(untuk kegunaan air sembilan).
(i)
Bekas air
yang pertama diisi dengan air mutlak.
(ii)
Bekas air
yang kedua diisi dengan air bidara atau inai atau air mawar.
(iii)
Bekas air
yang ketiga diisi dengan air kapur barus.
7. Kain
Sediakan kain untuk menutup aurat
si mayat semasa mandi. Berukuran untuk menutup aurat mayat tersebut.
Seelok-eloknya kain yang berwarna gelap atau kain sarung.
8. Tempat memandikan mayat
Tempat memandikan mayat itu
hendaklah di bilik yang tertutup. Keadaan ini boleh menghindarkan mayat
dikerumuni oleh orang-orang yang tidak berkenaan dan masuk ke dalam bilik
tersebut.
9. Dulang
Semua barang-barang yang telah
disediakan itu hendaklah diletakkan di dalam dulang besar dan diketepikan untuk
sementara waktu. Jika memerlukan tayamum hendaklah disediakan debu di dalam
dulang kecil.
10.
Bangku
panjang
Hendaklah
disediakan tempat meletakkan mayat umpama bangku panjang yang bentuknya curam
sebelah kaki, katil bujang, kerusi sandar supaya apabila jenazah dimandikan,
air yang jatuh ke lantai tidak terpercik semula mengenai jenazah.
Boleh
juga sanak saudara itu sendiri yang menanggung jenazah semasa memandikannya.
Kedudukannya, seorang meriba kepala, manakala yang lain duduk berlunjur
berhadapan antara satu sama lain.
Orang yang menanggung jenazah
sebagai menggantikan tanggung sama sekali tidak boleh membantu pekerjaan
memandi bahkan ia semata-mata menjadi tanggung.