Tuesday, 20 November 2018

Perkara Sunat Dilakukan Selepas Kematian



1.     Biarlah dia diuruskan oleh orang yang menyayanginya seperti dari kaum keluarganya sendiri.

2.    Disyariatkan juga untuk memejamkan matanya sebab apabila roh keluar maka diikuti pula oleh pandangan mata ke mana roh itu pergi. Ianya juga sebagai penghormatan kepada mayat. Sabda Nabi s.a.w.:

Ertinya: “Jika kamu hadir pada orang yang telah mati, maka pejamkan matanya kerana mata mengikut roh”.

Cara memejamkan matanya ialah dengan merapatkan kelopak matanya yang sebelah atas dengan kelopak mata yang sebelah bawah sambil membaca:


Ertinya: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w.”

Atau dibacakan doa:


Ertinya: “Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah s.a.w. Ya Allah, mudahkanlah urusannya, mudahkan baginya perkara-perkara yang akan dating ini, serta bahagiakanlah dia ketika dia bertemu dengan Engkau, dan jadikanlah akan yang ditujuinya itu (akhirat) lebih baik daripada negeri yang ditinggalkannya”.

3.    Sunat mengikat janggut dengan serban yang ada di kepalanya supaya janggutnya tidak berserakan.

4.    Rapatkanlah mulutnya jika ternganga, kerana tidak elok dipandang, dan untuk mengelakkan masuknya air dan serangga ke dalam mulutnya waktu memandiannya.

5.    Sunat diperlembutkan sendi-sendi tangan dan kakinya supaya mudak untuk memandikan dengan menyapukan minyak padanya. Disunatkan melembutkan jari-jarinya untuk memudahkan ketika memandikannya, dan kalau sudah tegang susah untuk mengkafani dan menanggalkan pakaiannya, sedangkan pakaian itu dapat memanaskan badan dan mengakibatkannya cepat berubah.

6.    Sunat diangkat dan diletakkan di tempat tinggi seperti katil supaya tidak kena tanah, yang mengakibatkannya cepat rosak dengan dihadapkan mekanya ke arah kiblat.

7.    Setelah disalin pakaiannya, maka hendaklah ditutup seluruh anggota badannya dengan kain bersih, sebagai penghormatan kepadanya dan supaya tidak terbuka auratnya. Menurut sebuah hadis:



Ertinya: “Dari Aisyah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika Baginda wafat, ia ditutup dengan kain”. (H.R Bukhari dan Muslim).

8.    Lebih sempurna lagi bila mayat itu diletakkan di dalam bilik yang tertutup agar lebih selamat.

9.    Tidak ada halangan untuk mencium mayat, bagi keluarganya atau sahabatnya (bukan orang yang ajnabi), yang sangat saying kepadanya dan berduka atas kematiannya. Menurut keterangan hadis:




Ertinya: “Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. telah mencium Usman bin Mazhun ketika ia telah mati, sehingga jelas kelihatan air matanya mengalir di muka Baginda”. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi).

10. Di atas perutnya disunatkan meletak benda yang sederhana beratnya seperti gunting untuk menahan agar perutnya tidak buncit dan menolong memudahkan najis keluar.

11.  Di hujung kepalanya eloklah diletakkan perasapan kemenyan atau setanggi untuk menghilangkan bau yang keji, yang bgerkemungkinan keluar dari mayat itu.

12. Keluarga si mayat yang mampu hendaklah dengan segera membayarkan hutang si mayat jika ia mempunyai hutang, seelok-eloknya dibayar dengan menggunakan harta peninggalan atau dari pertolongan keluarga-keluarga sendiri. Dalam satu riwayat, bahawa telah bersabda Rasulullah s.a.w.:



Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a., telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Diri mukmin itu tergantung (tidak sampai ke hadrat Allah), kerana hutangnya, sehingga dibayarlah dulu hutangnya itu (oleh keluarganya)”. (Riwayat Ahmad dan Tarmizi).

Jika tidak mampu maka serahkanlah kepada Allah yang Maha Pemurah sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis ini:



Ertinya: Dari Ibnu Umar berkata Rasulullah s.a.w.: “Hutang itu dua bentuk. Barangsiapa yang mati meninggalkan hutang, sedangkan ia berniat untuk membayarnya, nescaya ia akan menguruskannya. Barangsiapa yang mati sedangkan ia tidak berniat untuk membayarnya maka pembayarannya akan diambil dari kebaikannya. Waktu itu tiada emas dan perak (untuknya)”. (Riwayat Thabrani).