Saturday, 24 November 2018

Kain Kafan Yang Menyalahi Syarak


Membuat kafan tidak boleh menyimpang dari Sunnah Rasulullah. Tidak boleh memakai kafan yang terlalu mahal kerana ingin bangga hingga melakukan pembaziran.

Riwayat daripada Aisyah katanya: “Aku masuk ke rumah Abu Bakar, kemudian beliau berkata: ‘Berapa lapis kamu buat kafan Rasulullah?’ Aku menjawab: ‘Tiga lapis kain putih bersih daripada kapas, tanpa kemeja dan serban’ Abu Bakar bertanya: ‘Hari apa Rasulullah wafat?’ Aku jawab: “Hari isnin”. Beliau berkata: ‘Aku ingin mati pada malam ini juga’.”

Kemudian beliau melihat kainnya, kemeja zafaran yang beliau pakai ketika sakit, lantas berkata: “Basuh kain ini dan tambah dua lapis lagi untuk kain kafanku.” Aisyah menjawab: “Tapi kainnya sudah buruk!” Abu Bakar menjawab: “Orang yang masih hidup lebih banyak memakai pakaian yang baru. Sedangkan kafan adalah untuk pembalut nanah mayat.” Belum sampai hari petang di hari selasa tersebut, beliau sudah wafat dan dikuburkan sebelum subuh.

Mayat lelaki tidak boleh dikafani dengan kain sutera. Apa yang diharamkan ia pakai sewaktu hidupnya haram juga setelah wafatnya. Bahkan wanita makruh dikafani dengan kain sutera keran itu dianggap pembaziran.