Tuesday, 20 November 2018

Proses Memandikan Mayat

Mayat mengetahui siapa yang memandikannya. Riwayat dari Abu Said al-Khudriy, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya: “Sesungguhnya mayat itu tahu siapa yang memandikannya, mengusung dan memasukkannya ke dalam kubur. Ia dapat mengetahuinya kerana adanya hubungan roh dengan badan”.

Menurut jumhur ulama’, memandikan mayat hukumnya fardhu kifayah. Bila ada di antara anggota masyarakat yang melakukannya lepaslah ewajipan orang-orang mukallaf yang lain. Bila tiada, seluruh mukallaf di tempat itu akan turut berdosa.

Disyariatkan memandikan mayat adalah untuk menghilangkan hadas, kerana kematian adalah menyebabkan lembutnya badan dan hilang akal. Ianya bukanlah bererti mayat iru najis, sebab orang mukmin tidak dianggap sebagai najis sama ada dia masih hidup ataupun sudah matinya. Berkata Ibnu Abbas: “Orang mukmin tidak dianggap najis sama ada pada waktu hidup ataupun sesudah matinya”.

Rasulullah bersabda:
Ertinya: “Janganlah kamu menganggap mayat itu najis kerana orang mukmin tidak akan menjadi najis pada waktu hidup dan mati”. (Riwayat Hakim dan Baihaqi).