1. Wajib memandikan mayat
orang muslim kecuali orang-orang yang mati syahid iaitu yang terbunuh dalam
peperangan melawan orang kafir.
Orang yang mati syahid tidak perlu dimandikan
sekalipun di dalam keadaan junub, ini dapat kita merujuk terhadap kes yang
terjadi kepada Hanzalah.
Pada siang harinya ia baru berkahwin, maka bersamalah
kedua pengantin itu pada malam harinya. Kebetulan pula setelah mereka selesai,
panggilan untuk berperang datang. Lantas bangun Hanzalah dari mendakap isteri
yang baru dikahwininya untuk menyahut seruan jihad, tanpa sempat mandi wajib.
Beliau mati syahid dalam keadaan junub tetapi tidak
dimandikan oleh Rasulullah. Orang yang mati syahid ketika berperang memadailah
dikafani dengan pakaian yang ada di badannya, yang dapat digunakan sebagai kain
kafan. Badannya yang belum tertutup perlu ditambah dan yang lebih daripada
sunat boleh dikurangkan. Ia boleh dikuburkan bersama-sama darah yang ada di
badannya, sedikit pun tidak boleh dicuci.
Menurut Imam Syafie: Orang yang mati syahid tidak
perlu dimandikan dan disembahyangkan, mungkin supaa bekas-bekas luka itu tetap
ada ketika mereka menjumpai Allah nanti. Ada yang mengatakan bahawa darah
mereka itu harum seperti wangi kasturi.
Mungkin juga tidak perlu lagi disembahyangkan kerana
mereka sudah dimuliakan Allah. Selain untuk memudahkan juga kaum muslimin yang
dtinggalkannya.
Menurut satu pendapat tidak disembahyangkan lagi
kerana tujuan sembahyang itu adalah sebagai syafaat bagi mayat dan orang
syahid, sedangkan orang yang mati syahid tidak memerlukan. Malahan mereka pula
yang akan mensyafaatkan orang lain.
2. Ada juga orang yang mati
syahid dimandi dan disembahyangkan juga.
Ada juga manusia yang boleh mati syahid selain yang
terbunuh dalam peperangan melaewan orang kafir. Ini adalah kemuliaan yang
diberikan Allah kepada umat Islam.
Rasulullah bersabda:
Ertinya:
“Ada tujuh macam syahid selain yang terbunuh melawan orang kafir, iaitu mati
syahid kerana penyakit taun, mati syahid kerana karam, mati syahid kerana sakit
barah pada lambungnya, mati syahid kerana sakit kolera, mati syahid kerana
terbakar, mati syahid kerana ditimpa keruntuhan dan mati syahid kerana
melahirkan anak”.
3. Wajibnya memandikan
potongan atau serpihan mayat.
Para ulama’ khilaf tentang wajibnya memandikan
serpihan mayat muslim. Menurut Imam Syafie dan Ahmad adalah wajib dimandikan,
dikafani, disembahyangkan dan dikuburkan.
Imam Ahmad berkata: Abu Ayub menyembahyangkan kaki,
sedangkan Umar menyembahyangkan tulang di negeri Syam. Kejadian itu disaksikan
oleh sahabat-sahabat yang lain, tetapi tidak ada yang membantah.
Sekiranya kita menjumpai potongan mayat setelah
selesai menguburkan yang lainnya, maka wajib dimandikan, disembahyangkan dan
ditanam di sisi kuburnya, dengan menggali kubur yang baru.
Ktidak perlu membongkar mayat yabg sudah ditanam itu
kerana mudaratnya lebih besar daripada mudarat memisahkannya.
Imam
Syafie berkata: Telah sampai kepada kami bahawa ada burung yang menerbangkan
tangan ke Makkah pada waktu perang Jamal. Mereka dapat mengenali orang itu
kerana sebuah cincin yang ada di tangannya. Lantas merekamemandikan dan
menyembahyangkannya. Dan kejadian itu disaksikan oleh beberapa orang sahabat.
4. Jika tidak ada air maka
wajib ditayamumkan.
5. Begitu juga kalau
dimandikan akan hancur tubuhnya maka cukup dengan tayamum.
6. Kalau ada wanita mati di
tengah-tengah kelompok kaum lelaki atau sebaliknya, cukup sekadar tayamum
sahaja tidak perlu dimandikan.
Sebagaimana hadis mursal yang diterima daripada
Makhul, Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya: “Apabila seorang wanita meninggal di
tengah-tengah lelaki yang tidak ada wanita selainnya, atau lelaki meninggal di
tengah-tengah wanita yang tidak ada lelaki selainnya, maka mayat itu cukup
ditayamumkan, kemudian dikuburkan. Kedua-duanya disamakan dengan orang
(bertayamum) kerana tidak mendapatkan air”. (Riwayat Abu Daud dan Baihaqi).
7. Bagi mayat lelaki
hendaklah diuruskan oleh orang lelaki dan sebaliknya. Tapi jangan dihalang
kalau suami ingin memandikan isterinya atau sebaliknya dengan syarat semua yang
hadir mestilah muhramnya belaka.
8. Lelaki boleh memandikan
isterinya dan isteripun boleh memandikan suaminya, sedangkan mayat kanak-kanak
(lelaki) boleh dimandikan wanita menurut kesepakatan ulama’.
9. Orang yang lebih berhak
memandikan mayat itu ialah orang yang lebih dekat sekali perhubunghannya
(kerabat) dengan si mati. Seperti anaknya sendiri dengan syarat dia mengerti
segala kehendak dan peraturan memandikan mayat. Jika tidak, hendaklah dilakukan
oleh sesiapa yang mengerti, yang warak dan amanah.