1. Kain yang bagus dan bersih
serta dapat menutupi badan. Rasulullah bersabda:
Ertinya: “Apabila salah seorang kamu mengurus mayat
saudaranya, maka hendaklah dia membaguskan kafannya”. (Riwayat Abu Qatadah).
2. Warna putih, sesuai dengan
sabda Rasulullah:
Ertinya: “Pakailah pakaian yang putih, kerana itulah
pakaian yang lebih baik, dan kafanilah mayat kamu dengan pakaian yang putih”.
(Riwayat Ibnu Abbas).
3. Hendaklah diasapi dengan
bau wangi, sesuai dengan sabda Rasulullah:
Ertinya:
“Apabila kamu mengasap mayat, maka asapilah tiga kali”. (Riwayat Jabir).
Abu Said, Ibnu Umar dan Ibnu Abbas
berwasiat supaya mengasapi kafan mereka dengan kayu. Kain kafan wanita lebih
elok jika dibuat 5 lapis. Ini bersesuaian dengan hadis Laili binti Qanif
al-Thaqifah, yang turut memandikan dan mengkafani puteri Rasulullah. Beliau
berkata: “Rasulullah memberikan kain-kain sarung, baju kurung, telekung dan 2
helai kain kepada kami”.