Bila seseorang Islam meninggal dunia, maka menjadi kewajipan
fardhu kifayah ke atas orang yang hidup melaksanakan 4 perkara terhadap si
mayat:
i)
Memandikannya
ii)
Mengkafankannya
iii)
Menyembahyangkannya
iv)
Mengkebumikannya
Perkara-perkara di atas itu wajib
dilaksanakan segera kecuali orang yang mati ‘syahid’ di medan perang
demi mempertahankan maruah agama dan ketinggian syiar Islam dan anak yang mati
kerana gugur dari kandungan.
Anak yang gugur
dari perut ibu itu ada dua jenis:
a)
Telah
dikandung selama 2 bulan atau lebih.
b)
Telah
berada dalam kandungan sebelum sampai 6 bulan.
Jika telah dikandung selam 6 bulan atau lebih
maka wajib disempurnakan mayatnya seperti orang dewasa, tidak kira sama ada
masa keluar itu dia bernyawa atau tidak.
Jika gugur dari dalam kandungan sebelum enam
bulan maka ia terbahagi kepada 3 bahagian:
i)
Ada tanda
menunjukkan hidup seperti bergerak-gerak atau menangis, hukumnya seperti orang
dewasa.
ii)
Tidak
menunjukkan tanda hidup, tetapi berupa seperti potongan manusia. Hukumnya wajib
dimandikan, dikafankan dan dikebumikan, tidak wajib disembahyangkan.
iii)
Tidak
berupa manusia. Tetapi hanya seperti seketul daging. Hukumnya tidak wajib
diperbuat apa-apa, tetapi sunat dibungkus dan dikebumikan.