Setelah
mayat itu dibawa keluar dari tempat permandian, ia keluar dalam keadaan
dibungkus dengan kain lepas yang panjang menutupi seluruh kepalanya hingga ke
kakinya. Kain tersebut biarlah berwarna gelap dan lembut. Letakkan mayat
tersebut di atas kafan yang telah sedia dibentangkan.
1.
Pastikan pada lapisan kain
kafan paling bawah ialah 5 utas tali yang diperbuat dari kain yang telah
dicarikkan sewaktu menyediakan kain kafan tersebut.
i)
Tali di bahagian hujung
kaki
ii)
Tali di bahagian lutut
iii)
Tali di bahagian pinggang
(pusat)
iv)
Tali di bahagian dada
v)
Tali di bahagian hujung
kepala
2.
Lapisan yang paling
terbawah sekali berukuran setinggi mayat. Lebihkan 2 kaki di hujung kepala dan
2 kaki di hujung kaki untuk mengikatnya nanti. Lebarnya ialah 60 inci bagi
orang dewasa dan kanak-kanak 45 inci. Pastikan kain ini telah ditaburi serbuk
cendana dan minyak wangi atau kapur barus yang telah diserbukkan.
3.
Begitu juga dengan lapisan
kain kafan di sebelah atas, dengan ini bermakna dua lapisan bawah itu ditaburi
dengan serbuk cendana dan minyak wangi atau serbuk kapur barus.
4.
Di atas 2 lapis ini
diletakkan pula kain sarung kemudian bajunya dan dan di atas sekali ialah
telekungnya.
5.
Lakukan sebagaimana
menguruskan mayat lelaki nombor 3 hingga 7. Sementara kain telekungnya pila
hendaklah dipakaikan seperti kebiasaan dipakai ketika hidup.
6.
Ikut peraturan 8 dan 9
sepertimana menguruskan jenazah lelaki.
Andainya
darurat, mengkafani mayat boleh dilakukan walaupun hanya dengan sesuatu yang
hanya dapat menutupinya dengan selapis pakaian sekalipun. Ini adalah kerana
mengkafani mayat itu fardhu kifayah.
Riwayat
daripada Khabbab bin Arat, katanya: “Kami hijrah bersama Rasulullah dengan
mengharap keredhaan Allah. Maka tentulah akan kami terima pahalanya, kerana ada
di antara kami ada yang meninggal sebelum memperolehi hasil duniawi sedikit
pun. Mus’ab bin Umar misalnya, yang terbunuh dalam peperangan Uhud, dan tidak
ada buat kain kafannya kecuali sehelai kain burdah.
Jika
kepalanya ditutup akan kelihatanlah kakinya, dan jika kakinya ditutup akan
terbukalah kepalanya. Rasulillah menyuruh kami supaya menutup kepalanya, dan
meletakkan rumput izkhir pada kedua belah kakinya. Al-Izkhir ialah rumput yang
harum dan dapat dijadikan untuk atap rumah”.