1.
Letakkan
mayat di hadapan imam melintang kiblat.
2.
Bagi mayat
lelaki, kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala
atau dada mayat.
3.
Bagi mayat
perempuan, kepala di sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Untuk
menyembahyangkan jenazah ghaib iaitumayat yang hilang tidak dijumpai seperti
mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar, dimakan
harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat tanpa perlu
ada jenazah di hadapannya.
4.
Sebelum
sembahyang sunat dilafazkan oleh bilal:
Maka orang
ramai menjawab:
5.
Seboleh-bolehnya
hendaklah diadakan sebanyak 3 saf atau lebih kerana mengharapkan keampunan
Allah. Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan oleh seramai 40 orang.
6.
Daripada
hadis riwayat Malik bin Hubairah yang mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Ertinya:
“Apabila ada orang muslim yang mati kemudian disembahyangkan oleh Jemaah kaum
Muslimin (sampai tiga saf), maka diampunilah dosanya”. (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, Ibnu Majah, Tarmizi dan Hakim).
7.
Rukun
sembahyang jenazah 7 perkara:
i)
Niat
Lafaz niatnya ialah:
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang mayat ini 4 takbir,
fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala”.
Setiap orang yang menyembahyangkannya wajib berniat
pada takbir pertama, sekalipun tidak dinyatakan fardhu kifayah.
ii)
Berdiri betul
Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa
sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.
iii)
4 kali takbir
termasuk Takbiratul Ihram
Tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir
yang pertama sahaja.
iv)
Membaca
fatihah
Membaca al-Fatihah sesudah takbir pertama
v)
Selawat ke
atas nabi
Membaca selawat sesudah takbir kedua,
sekurang-kurangnya bacaan selawat ialah:
vi)
Doa bagi
jenazah
Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya
ialah:
Jika
perempuan:
Doa khusus
bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslimin.
Doa buat
seluruh kaum muslimin yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam
hadis dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w. berdoa sewaktu
menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah:
Ertinya: “Ya
Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang
kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yang ghaib. Ya Allah,
orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam,
dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah,
janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan
sepeninggalannya”. (Riwayat Ahmad dan Ashab al-Sunan).
Kalau yang
disembahyangkan itu kanak-kanak hendaklah dibacakan:
Ertinya: “Ya
Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan”.
(Hadis
riwayat Bukhari dan al-Baihaqi).
vii)
Memberi salam
Sudahi sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri
dan sekali ke kanan sesudah takbir keempat. Lafaznya: