Thursday, 22 November 2018

Kain Kafan



Kain Kafan 3 Lapis
3 lapis bagi mayat lelaki sama ada kanak-kanak mahupun yang dewasa. Tiap-tiap lapis meliputi seluruh badannya. 3 lapis itu gunanya untuk:

i)             Satu lapis untuk pembungkus luar.
Ukur panjang jenazah terlebih dahulu. Apabila memotong kain, lebihkan 1 kaki di kepala dan 1 kaki di kaki. Ataupun boleh juga menggunakan ukuran biasa iaitu sekira-kira apabila mengkafan jenazah, bahagian kepala dan bahagian kakinya senang diikat iaitu, ikatan tersebut tidak mudah terbuka (terurai) apabila jenazah diangkat ke tempat sembahyang untuk dsembahyangkan dan diusung ke perkuburan untuk dikebumikan.

ii)           Satu lapis untuk baju dan serban.
iii)         Satu lapis untuk kain sarung.


Kain Kafan 5 Lapis
Kain kafan seelok-eloknya untuk mayat perempuan sama ada kanak-kanak ataupun yang telah baligh ialah 5 lapis iaitu:

i)             2 lapis pertama untuk kain kafa luar
ii)           1 lapis untuk kain sarung
iii)         1 lapis untuk baju
iv)          1 lapis untuk tudung atau telekung


Kain Kafan 7 Lapis

i)             4 lapis untuk kain kafan luar
ii)           Sehelai kain sarung
iii)         Sehelai baju
iv)          Sehelai serban atau telekung

Ukuran yang dinyatakan ini ialah bagi ukuran jenazah yang panjanggnya (tingginya) antara 5 ½ ke 6 kaki.

a)    Jika kafan 3 lapis 10-11 ela
b)   Jika kafan 5 lapis 14-15 ela
c)    Jika kafan 7 lapis 20-21 ela