Di antara syarat-syarat untuk
mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
1. Orang yang hendak
menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, berakal, suci daripada
hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
2. Tidak disyaratkan masuk
waktu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah
disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh).
3. Jenazah itu mestilah telah
selesai dimandikan serta dikafankan.
4. Imam solat jenazah wajib
menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada makmum
kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau terlupa.